
24/04/2009-29/04/2009, selama 6 hari kami berkampung di UIAM Gombak untuk menjayakan program Interschool yang ke-8. Mula-mula rasa berat juga hati kami untuk menyertai program ini, tapi demi "semangat perdebatan", kami turun juga ke UIAM Gombak. Special thanx to; Saudari Farhaneen, Puan Aimi Sarah, Saudari Shuhada, Saudari Ashikin Shahnaz yang memberi sokongan padu pada kami & menghadiri interschool debate. Tak sangka program universiti ini sangat menyeronokkan & kami dapat mengenali adik2x yang sangat berbakat dalam arena perdebatan...
- Gambar paling atas tu masa pertandingan akhir, SMI Hidayah B lwn STAR B, dengan usul; Undang-undang adalah jawapan terbaik kepada masalah kebejatan moral. Tempat perlawanan dekat CAC, UIAM Gombak.
- STAR B, masa kuarantin. Octo match, STAR B lwn SEMESTI.
- MCKK B, mereka sangat bagus tapi tak de rezeki... Jgn sedey eh dek... Tahun dpn cuba lagi... Go Go Fighting, MCKK B!!!! Sape la usher diorang ni? Huhu....
- Yeah, SMI Hidayah B, masa kuarantin. Octo match, SMI Hidayah B lwn MRSM Tun Ghafar Baba.
(p/s: rase dah mcm paparazi pulak amik gambo diorang... Hehe...)
Masa adik-adik ni tengah berdebat, mereka sebenarnya tak perasan, ade perkataan yang mereka tersasul... Contohnyer:
- Mangunan = Bangunan (Nama Sekolah Dirahsiakan)
- Dato' Sri Najib Tun Najab = Dato' Sri Najib Tun Razak
- Dato' Jaafar Onn = Dato' Onn Jaafar
- Sontoh = Contoh
- Tendut = Tanduk
- Tuan Yang DiPortuo = Tuan Yang DiPertua
- Kelemihan = Kelebihan
- Di Jinjing Pelamin = Di Jinjang Pelamin
- Bangkut = Bangkit
- Uwah-uwah = Hujah-hujah
- Tuan Supiker Dewan = Tuan Speaker Dewan
- Mitshubushu = Mitshubishi
- Dato' Sheikh Muszaphar Shahir = Dato' Sheikh Muszaphar Shukor
- Menonopoli = Memonopoli
- Sebalalknya = Sebaliknya
- Soring = Sering
- Hailary Clinton = Hillary Clinton
(Sebenarnya banyak lagi perkataan, tapi cukup la setakat 17 ni... Usher-usher kat dalam bilik OR tu pecah perut bila baca bahagian "bologs" yang ader tulisan-tulisan tentang trafik bahasa ni... Lain kali jangan tersasul lagi eh, adik-adik...)
Ushers dari KDBMK, UIAM Kuantan:
- Saudara Mohd. Ramadan Ab. Hamid (SMS Seri Puteri B)
- Saudara Said Imaddudeen Norhisham (Usher English Debate)
- Saudari Rahayu Abd. Rahim (SMS Tg. Muhd. Faris Petra B)
- Saudari Nur Hanisah Mahradzi (SMI Al-Amin A)
- Saudari Siti Nurrul Husna Shaikh Mohd. Azhar (SMS Johor A)
- Saudari Nurul Saidatul Yuhanis Rozila (SMI Hidayah A)
- Saudari Siti Khadijah Mohammad Murad (Malay College Kuala Kangsar, MCKK B)



Sekian,
Dari Meja Setiausaha.
Ref: Presiden, ‘DEBAT UNTUK SEMUA’.