Thursday, January 5, 2012

PERTANDINGAN DEBAT PIALA PANTAI TIMUR 2012 UIAM KUANTAN




Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera.

Kelab Debat dan Pidato Bahasa Melayu UIA Kuantan bersama Badan Wakil Pelajar (Students Representative Council) akan menganjurkan satu pertandingan debat buat julung kalinya di UIA Kuantan sendiri. Pertandingan Debat Piala Pantai Timur 2012 ini membuka penyertaan kepada pelajar-pelajar universiti dan sekolah menengah bagi seluruh Pantai Timur dalam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:
Tarikh: 27 - 29 Januari 2012
Lokasi: UIA Kuantan
Penyertaan: Universiti dan sekolah menengah pantai timur

Layari laman web ini untuk maklumat lanjut mengenai butiran pertandingan dan pendaftaran: http://eastcoastcup.blogspot.com/

Atau hubungi terus di talian 0145129710 (Hafiz - kategori BI) atau 0139185758 (Izatul Firdaus - kategori BM).

UIA Kuantan mengalu-alukan pendebat-pendebat muda kita bagi merentap dalam arena perdebatan yang mengumpulkan pendebat dari Pantai Timur. Johan dan Naib Johan bakal membawa pulang Piala, Trofi Individu dan hadiah wang tunai.

Kami nantikan kehadiran anda semua di sana!


"DEBAT UNTUK SEMUA"
"DEBAT MEMARTABATKAN INTELEK"