Thursday, December 31, 2009

Hari Keluarga dan kursus debat

Assalamulaikum

Hari keluarga dan kursus debat akan diadakan pada:

2 - 3 Januari 2010
Sabtu - Ahad
8.00 pagi - 5.00 petang
UIAM KUANTAN dan PANTAI TELUK CEMPEDAK (TC)

SEMUA AHLI KELAB DIWAJIBKAN HADIR
&
BUKAN AHLI TURUT DIALU-ALUKAN

Untuk kehadiran, sila hubungi:
Saudari Anis - 013-2697622
Saudara Zamri - 013-3086717


Terima kasih dan jumpa di sana!

Friday, December 25, 2009

Demo-Debat 1

Assalamualaikum

Perhatian kepada semua warga kampus UIAM Kuantan, kelab debat akan menganjurkan DEMONSTRASI DEBAT pada:

31 Disember 2009/ Khamis
LH 3
8.00 malam

Semua dijemput hadir!!

DEBAT UNTUK SEMUA

Tuesday, December 22, 2009

Baju KDBMK (cadangan)

Friday, December 11, 2009

Sesi Latihan Debat Baru

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua warga KDBM Kuantan, sesi latihan debat akan bermula pada:

15 Disember 2009 / Selasa
8.00 pm - 11.00 pm
CF Sister

Semua diwajibkan hadir.

Terbuka juga kepada semua warga UIAM Kuantan.
Ajaklah rakan-rakan.. Datanglah beramai-ramai.. :)

"DEBAT UNTUK SEMUA"

Tahniah!

Assalamualaikum

Tahniah! kepada semua ahli majlis tertinggi KDBM Kuantan yang baru dilantik bagi sesi 2009/2010. Semoga anda semua dapat menjalankan tugas dengan baik dan berdedikasi. Diharapkan KDBM Kuantan akan terus maju dan menjuarai pertandingan-petandingan debat yang ada.

Daripada:
Mohd. Ramadan b. Ab.Hamid
Mantan Presiden KDBM Kuantan 2008/2009

Wednesday, December 9, 2009

Sekilas Mesyuarat Agung KDBM 08/09

Monday, October 26, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan

Assalamualaikum

Kepada semua ahli KDBMK, Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan pada:

30 Oktober 2009
Lecture Hall 1
Kulliyyah Of Medicine
8.00 pm - 10.00 pm
Semua ahli diwajibkan hadir. Terima Kasih. Jumpa di sana!

Sunday, August 16, 2009

Program 'dicairkan' semula

Assalamualaikum wbt.

Semua aktiviti kelab kita akan digerakkan semula berkuatkuasa 17 Ogos 2009 / Isnin. . Kepada P.I.C yg bertanggungjawab, sila mainkan peranan anda ya. Tanpa sokongan semua pihak, kelab kita tidak akan bergerak :) Terima kasih!

p/s: Buat sementara waktu, fokus utama kita ialah untuk mencari ahli-ahli baru..

Wassalam.

Presiden 08/09

Thursday, July 9, 2009

KDBM kembali BERSIDANG!

Assalamualaikum wbt.

Kepada SEMUA AHLI KDBM Kuantan, anda di kehendaki hadir ke persidangan KDBM Kuantan 2009 seperti di bawah:

Tarikh/Hari: 14 Julai 2009 / Selasa
Masa: 9.15 malam
Lokasi: Surau CF Brothers

*Kehadiran adalah WAJIB untuk SEMUA AHLI
*Sila bawa PEN dan KERTAS.

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Daripada:

Mohd.Ramadan b Ab.Hamid
Seorang Presiden. :)

Monday, July 6, 2009

An excellent words comes from brilliant people..

Assalamualaikum wbt

An excellent words comes from brilliant people..

First n foremost,terima kasih kpd presiden kdbm kuantan kerana telah membuat ulasan yg terperinci ttg pejalanan kelab debat kita.. sy sgt bertuah kerana mempunyai presiden yg sgt berkaliber dlm mengatur laluan hidup kdbm kuantan yg baru setaun jagung ini..

Ape yg sy inginkn adalah kerjasama secara keseluruhan dr adik2 kita dlm menaikkan martabat kdbm kuantan..YA, benar kita tidak setanding gombak, namun, jika usaha gigih begini diteruskan,jika ade kemahuan,jika debat itu dijadikan sebgai kekasih dan rakan, dan jika hati anda2 semua sgt mencintai ilmu pengetahuan,MAKA, tiada apa lg yg mampu mnjadi halangan!

Sy sgt2 berharap ikatan ahli2 kelab debat kita akn terus utuh dan kukuh,ibarat isi dgn kuku,bagai aur dgn tebing,juga bagai irama dan lagu,xmungkin dpt dipisahkan..kerana... untuk mncapai matlamat yg tinggi,ianya perlukn usahasama keras setiap individu dlm kelab debat.Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!!

Utk pengetahuan semua, nama uia dlm dunia debat kini smakin hr semakin luntur,lihat shaja pencapaian team di gombak dlm setiap match akhir2 ini,ianya agak mendukacitakn kita semua, biarpun dipisahkan sejauh ratusan kilometer,kendatipun begitu antara kuantan dan gombak tiada bezanya,dikala mereka menangis kerana meratapi kekalahan,kita juge turut terasa bahangnya,kerana UIAM adalah SATU! punyai misi dan visi yg SAMA!,mengharumkn nama uia di persada ipt d m'sia spt pernah trjadi suatu ketika dulu..Maka sedarlah wahai kalian semua..Ada tanggungjwab yg harus dilunaskan bersama...

Arakian, bangkitlah wahai adik2 ku,, kerna aku kini sudah tua,sudah tiba masanya mengundur diri dr dunia debat,sudah tiba masanya anda semua majukn diri sndri,usaha di ats kaki sndri,biar sukar utk dtempuhi,biar badai trpaksa diredahi,tp akhirnya takala kejayaan dinikmati,tak ada apa lg yg mampu membuatkn anda trsenyum sendiri..

Justeru, ape yg sy inginkn, ialah adik2 semua mampu brdiri sama tinggi dgn pndebat2 gombak!!Pastikan kemunculan adik2 akan mewarnai dunia debat UIAM. sy yakin anda semua mampu!!

Buka mata, celik minda! konklusinya, sy sayang anda semua!!!

Amanat dr saya,

Farhaneen Afzal Mazlan
Vice Presiden KDBM Kuantan 08/09

Perjalanan Bermula.. 2009

Assalamualaikum wbt.
Pertamanya, secara peribadi saya mengucapkan tahniah kepada semua pendebat UIAM Kuantan yang telah sedaya-upaya berdebat dalam pertandingan Debat PDSZA 2009. Kepada pasukan UIAM A, tahniah atas kejayaan anda yang telah mendapat naib johan dan pendebat-pendebat yang telah merangkul anugerah pendebat terbaik keseluruhan dan pada peringkat akhir. Kepada pasukan UIAM B, syabas kepada anda semua kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam debat walaupun di awal pusingan ada yang menangis, tetapi biarlah itu yang menjadikan kamu semua lebih maju dan matang dalam menerima setiap keputusan panel hakim walaupun kadang-kala ianya sukar untuk diterima. Hakikatnya, itulah lumrah pertandingan..

Kejayaan yang kita perolehi pada hari ini bukanlah sesuatu kejayaan yang mutlak. Sebaliknya, ia merupakan suatu usaha dan proses yang berterusan dan berpanjangan. Setiap pendebat perlu menanamkan usaha untuk mengekalkan kejayaan ataupun lebih berjaya dari apa yang kita kecapi. Janganlah sesekali berasa riak dengan kejayaan sekarang kerana perjalanan kita masih lagi jauh. Biarlah kejayaan hari ini menjadi galakan dan petunjuk serta galakan kepada pendebat-pendebat baru kelak. Ingatlah, bukan mudah untuk kita mengekalkan kejayaan tetapi tidak mustahil untuk kita semua terus berjaya. Apa yang penting ialah semangat dan usaha yang bersifat kolektif dan berterusan perlu ditanam dalam diri setiap pendebat.

Pada pendapat saya, seluruh IPTA Pantai Timur sudah mula nampak keupayaan pendebat UIAM Kuantan. Bukanlah tujuan saya untuk meninggi diri dengan kejayaan ini, sebaliknya adalah untuk kita semua sentiasa bermuhasabah dan berwaspada bahawa keperluan untuk kita menjaga persepsi masyarakat terutamanya IPT-IPT tempatan khususnya Pantai Timur terhadap reputasi Debat UIAM adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang sangat berat. Walaupun kelab debat Kuantan masih lagi baru, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh setanding pendebat UIAM Gombak. Saya yakin, sekiranya ada kemahuan, di situ ada jalan. Usahlah kita dibeza-bezakan berdasarkan tempat ataupun kemudahan kerana sebagai manusia, kita adalah sama. Setiap individu akan melalui proses yang sama.. meniarap, merangkak, berjalan, dan berlari...

Pada semester baru 2009, saya berharap semua ahli kelab debat dapat terus komited dengan aktiviti kelab. Banyak aktiviti yang telah kita rancang untuk anda semua.. Perlu diingat, dalam kerancakan kita beraktiviti, jangan sesekali dilupa matlamat dan tujuan kita. Niat asal kita perlulah diletak pada tempatnya. Cabaran semester depan sudah tentu bertambah besar. Janganlah hanyut dibuai arus keseronokan kerana saya khuatir.. apa yang dikejar tak akan dapat, apa yang dikendong akan keciciran.. Apabila nasi sudah menjadi bubur, akhirnya... segala usaha kita akan terkubur...

Wassalam..

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Dari meja,

Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden KDBM Kuantan
sesi 2008/2009

Friday, July 3, 2009

Tahniah pada pendebat PDSZA 2009

Assalamualaikum wbt

Sekalung tahniah kepada semua pendebat PDSZA 2009 yang telah berjaya menyertai pertandingan debat pantai timur tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang telah membantu kelab sebelum, ketika dan selepas pertandingan ini diadakan.

P/s: Oleh kerana terdapat masalah teknikal - laptop rosak dan cable USB tak der, jadi gambar2 pertndingan akan di upload kemudian. Maaf yer.

Terima kasih

DEBAT UNTUK SEMUA

Dari meja:
Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden

Wednesday, June 3, 2009

Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2009

Assalamualaikum wbt

Semoga berjaya kepada pendebat-pendebat pertandingan Debat Piala DYMM Sultan Zainal Abidin 2009. Saya berharap agar para pendebat dapat menimba banyak pengalaman dalam pertandingan tersebut. Tanamkan niat dalam diri bahawa anda menyertai pertandingan tersebut adalah untuk memperbaiki kelemahan diri dan belajar daripada kesilapan. Kalah dan menang tidak menjadi persoalan kerana kemenangan akan datang sekiranya anda layak untuk menang. Apa yang penting, belajar, belajar dan teruskan belajar. Jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah agar memberikan kita petunjuk dan yang terbaik untuk kita semua. Sekian. Wassalam.

'Siapkan diri dengan ilmu dan Taqwa'


'DEBAT ITU SENI'

Daripada,

Presiden
KDBM Kuantan 2008/2009

Sepintas tentang KDBM Kuantan

Assalamualaikum wbt.

Sejarah penubuhan

Sedikit coretan tentang Kelab Debat Bahasa Melayu kampus Kuantan. Sebenarnya kelab ini merupakan kelab yang masih lagi baru ditubuhkan iaitu pada tahun 2007. Ianya telah diasaskan melihat kepada kepentingan debat dalam memupuk semangat keyakinan diri dan kemahiran berfikir secara terbuka, kritis dan kreatif. Kita sedar dalam proses melahirkan individu yang cemerlang dari segala aspek, kemahiran sosial seperti pengucapan awam sangat mempengaruhi dalam pembentukan karakter seseorang individu. Walaupun kampus Kuantan ini terdiri daripada pelajar-pelajar dalam jurusan sains seperti Bioteknologi, Biomedik, Sains Kesihatan Bersekutu, Perubatan, dan matematik, kebolehan dalam pengucapan umum masih menjadi keutamaan di alam pekerjaan. Kemahiran berinteraksi secara hormat dan berprotokol mampu dipupuk melalui latihan dan juga pembelajaran secara teori. Disamping itu, dengan terdapatnya pertandingan-pertandingan debat seluruh Malaysia, ianya berjaya menjadi pengukur terhadap penguasaan kemahiran sosial dan keupayaan minda pendebat itu sendiri untuk berfikir secara matang. Justeru, melalui kesedaran betapa pentingnya aktiviti debat ini, UIAM kampus Kuantan telah berjaya menubuhkan kelab debatnya yang tersendiri dan juga didorong oleh Kelab Debat cawangan kampus utama iaitu Kelab Debat Bahasa Melayu Gombak.

Ahli-ahli

Memandangkan KDBM Kuantan ini masih baru lagi ditubuhkan, kebanyakan ahli-ahlinya terdiri daripada pendebat-pendebat yang baru. Akan tetapi, ingin saya tekankan bahawa tujuan penubuhan kelab debat bagi kampus Kuantan bukanlah untuk melahirkan pendebat semata-mata. Sebaliknya, konsep pendidikan dan penerapan kemahiran 'soft skill' dan kemahiran bersosial menjadi agenda utama kelab ini dengan memberikan ruang dan peluang yang terbuka kepada para pelajar untuk menyertai kelab tanpa mengira latar-belakang mereka sama ada berpengalaman dalam debat ataupun tidak. Saya yakin 'Seribu langkah bermula dari langkah yang pertama' -tanpa yang pertama, tak akan ada yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Cuma setiap ahli perlulah memahami sekadar mendaftarkan diri sahaja tanpa mengaktifkan diri dalam aktiviti kelab tidak mencukupi. Sebaliknya, gerak kerja bersama-sama akan menjadikan kelab dan individu itu sendiri lebih berkeyakinan dalam melakukan apa sahaja aktiviti tanpa mengenal erti penat. Sehingga kini, kelab debat sangat mengalukan-alukan para pelajar untuk menyertai kelab ini.

Aktiviti-aktiviti

Oleh kerana kelab ini lebih mengutamakan kemahiran sosial khususnya pembinaan karakter, aktiviti kelab lebih tertumpu terhadap latihan bercakap, membuat kajian secara terperinci terhadap sesuatu isu dan kemahiran berorganisasi. Selain itu, terdapat juga perlawanan persahabatan yang di adakan di antara IPTA/IPTS di sekitar Pahang. Tidak ketinggalan, aktiviti seperti Hari Keluarga, Jamuan Berbuka Puasa, dan Jamuan Raya turut diadakan.

Harapan

Saya berharap kelab debat akan terus maju dan dapat memberikan khidmat kepada masyarakat khususnya kepada warga kampus. Biarlah kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi antara kita kerana setiap individu dianugerahkan keupayaan yang sama dan kelebihan yang bebeza dari Tuhan yang Maha Pemurah. Semoga kita semua berjaya.

'DEBAT ITU SENI'

Dari meja,

Mohd. Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden
Kelab Debat Bahasa Melayu kampus Kuantan, UIAM
sesi 2008/2009


Sunday, May 3, 2009

KDBMK & Program "8th Interschool"

Assalamualaikum w.b.t & Salam Persidangan...



24/04/2009-29/04/2009, selama 6 hari kami berkampung di UIAM Gombak untuk menjayakan program Interschool yang ke-8. Mula-mula rasa berat juga hati kami untuk menyertai program ini, tapi demi "semangat perdebatan", kami turun juga ke UIAM Gombak. Special thanx to; Saudari Farhaneen, Puan Aimi Sarah, Saudari Shuhada, Saudari Ashikin Shahnaz yang memberi sokongan padu pada kami & menghadiri interschool debate. Tak sangka program universiti ini sangat menyeronokkan & kami dapat mengenali adik2x yang sangat berbakat dalam arena perdebatan...








  • Gambar paling atas tu masa pertandingan akhir, SMI Hidayah B lwn STAR B, dengan usul; Undang-undang adalah jawapan terbaik kepada masalah kebejatan moral. Tempat perlawanan dekat CAC, UIAM Gombak.
  • STAR B, masa kuarantin. Octo match, STAR B lwn SEMESTI.
  • MCKK B, mereka sangat bagus tapi tak de rezeki... Jgn sedey eh dek... Tahun dpn cuba lagi... Go Go Fighting, MCKK B!!!! Sape la usher diorang ni? Huhu....
  • Yeah, SMI Hidayah B, masa kuarantin. Octo match, SMI Hidayah B lwn MRSM Tun Ghafar Baba.

(p/s: rase dah mcm paparazi pulak amik gambo diorang... Hehe...)

Masa adik-adik ni tengah berdebat, mereka sebenarnya tak perasan, ade perkataan yang mereka tersasul... Contohnyer:

  1. Mangunan = Bangunan (Nama Sekolah Dirahsiakan)
  2. Dato' Sri Najib Tun Najab = Dato' Sri Najib Tun Razak
  3. Dato' Jaafar Onn = Dato' Onn Jaafar
  4. Sontoh = Contoh
  5. Tendut = Tanduk
  6. Tuan Yang DiPortuo = Tuan Yang DiPertua
  7. Kelemihan = Kelebihan
  8. Di Jinjing Pelamin = Di Jinjang Pelamin
  9. Bangkut = Bangkit
  10. Uwah-uwah = Hujah-hujah
  11. Tuan Supiker Dewan = Tuan Speaker Dewan
  12. Mitshubushu = Mitshubishi
  13. Dato' Sheikh Muszaphar Shahir = Dato' Sheikh Muszaphar Shukor
  14. Menonopoli = Memonopoli
  15. Sebalalknya = Sebaliknya
  16. Soring = Sering
  17. Hailary Clinton = Hillary Clinton

(Sebenarnya banyak lagi perkataan, tapi cukup la setakat 17 ni... Usher-usher kat dalam bilik OR tu pecah perut bila baca bahagian "bologs" yang ader tulisan-tulisan tentang trafik bahasa ni... Lain kali jangan tersasul lagi eh, adik-adik...)


Ushers dari KDBMK, UIAM Kuantan:

  1. Saudara Mohd. Ramadan Ab. Hamid (SMS Seri Puteri B)
  2. Saudara Said Imaddudeen Norhisham (Usher English Debate)
  3. Saudari Rahayu Abd. Rahim (SMS Tg. Muhd. Faris Petra B)
  4. Saudari Nur Hanisah Mahradzi (SMI Al-Amin A)
  5. Saudari Siti Nurrul Husna Shaikh Mohd. Azhar (SMS Johor A)
  6. Saudari Nurul Saidatul Yuhanis Rozila (SMI Hidayah A)
  7. Saudari Siti Khadijah Mohammad Murad (Malay College Kuala Kangsar, MCKK B)






Sekian,
Dari Meja Setiausaha.

Ref: Presiden, ‘DEBAT UNTUK SEMUA’.

Friday, February 20, 2009

Tahniah pada peserta 'Group Binding'

Assalamualaikum wbt.

Pertamanya sekalung tahniah dan penghargaan saya ucapkan pada Jawatankuasa yang telah berjaya menganjurkan program Group Binding. Semoga segala usaha anda (AJK, peserta, Jurulatih dan Cikgu) mendapat keberkatan dari Allah swt.


Daripada: Presiden

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Thursday, February 19, 2009

Pengumuman perlawanan UMP

Assalamualaikum wbt.

Setelah dibincang dan dikaji, KDBM Kuantan akan meneruskan sesi perlawanan debat persahabatan dengan Universiti Malaysia Pahang, UMP. Butiran tentang pertandingan adalah seperti di bawah:

Tarikh:
1 Mac 2009/ Ahad

Masa:
8.00 pg - 5.00 ptg

Team:
3 Team dari UIAM

Tempat:
Blok W, UMP

Kenderaan
: Bus (40 org)

Kategori:
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Pakaian:
Formal untuk Pendebat


Oleh itu, pemilihan bagi mereka yang akan berdebat dalam kategori Bahasa Melayu akan dibuat pada minggu hadapan. (Tarikh belum ditentukan lagi). Saudari Farhaneen dan Aimi akan mengetuai sesi pemilihan tersebut.

Bagi kategori bahasa Inggeris, anda boleh rujuk pada Sister Diyana.


Atas permintaan ramai, Pengarah program perlawanan debat persahabatan kekal sama iaitu Saudari Audi Amalina. Tahniah kerana anda masih bertakhta.. hehehe


Sekian dahulu, Wassalam

Daripada: Presiden


'DEBAT UNTUK SEMUA'

Sunday, February 15, 2009

Sesi Latihan Minggu Ini

Assalamualaikum wbt.

Sesi Latihan Minggu ini:

Isnin / 16 Feb 09 - Batal
Khamis / 19 Feb 09 - Ada

Kepada pasukan/pendebat yang menyertai pertandingan persahabatan, sila bawa bersama laporan pertandingan yg telah difotostat untuk semua ahli KDBM Kuantan. Kita akan adakan sedikit perbincangan.

Kehadiran WAJIB.

Daripada: Biro Latihan
'DEBAT UNTUK SEMUA'

Jadual Latihan di Gombak

Assalamualaikum wbt.

Perhatian kepada semua ahli kelab debat Kuantan, Biro Latihan akan menjalankan latihan intensif Debat di UIAM GOMBAK. Di bawah adalah jadual latihan. Oleh itu, bilangan dan senarai pendebat yang akan pergi akan ditentukan ketika latihan debat nanti.

Sesi 1
- 7 - 8 Mac 2009
Sesi 2 - 25-26 July 2009

Pengangkutan - Van (7-8 Org)

Daripada: Presiden Kelab

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Monday, February 9, 2009

'Selection' Untuk Debat Persahabatan

Assalamualaikum wbt.

Pengumuman kepada semua ahli.

Pada hari JUMAAT bersamaan 13 Feb 2009, akan diadakan pemilihan untuk perlawanan persahabatan debat antara UIAM Kuantan dan UiTM Kuantan. Pemilihan bertempat di CF Sister, Jam 8.00 malam. Insyaallah, UIA akan menghantar 2 pasukan. Satu Pasukan 4 orang. Terima Kasih.

p/s: Kepada yang ada peperiksaan, sila beritahu Ketua biro Latihan-Puan Aimi Sarah, atau Timb.Presiden 1-Cik farhaneen Afzal.

Terima Kasih.

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Dari: Presiden Kelab Debat Kuantan

Latihan Debat

Assalamualaikum wbt.

Sila ambil perhatian. Latihan debat pada minggu ini (9 Feb 09- 15 Feb 09) akan diadakan mengikut Jadual di bawah:

1. Selasa / 10 Feb 09
2. Jumaat / 13 Feb 09
3. Sabtu / 14 Feb 09**

Tempat: CF Sister
Masa: 8.00 - 11.30 malam
** Untuk Sabtu: 8.00 pagi - 11.30 malam

Sila bawa bersama kertas fakta dan bahan2 yang boleh dijadikan rujukan. Kalau ader majalah pun ok gak.

Pesanan: Presiden Kelab Debat Kuantan

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Thursday, February 5, 2009

Jemputan ke Pertandingan Debat

Assalamualaikum wbt

Kepada semua ahli kelab debat kampus Kuantan, anda dijemput untuk menyaksikan pertandingan debat anjuran Kulliyah Kejururawatan. Butiran lanjut tentang pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh: 10 Febuari 2009 / Selasa
Tempat: Kulliyah of Medicine (KOM)
Masa: 9.30 malam

Jadi, semua ahli kelab dijemput sesangat (wajib) untuk menghadirkan diri pada hari kejadian tesebut. Terima kasih.

Dari: Presiden KDBM Kuantan

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Monday, February 2, 2009

Program 'Group binding'


Assalamualaikum wbt.


Kepada semua ahli KDBM Kuantan, akan diadakan program 'Group binding' untuk semua pendebat. Maklumat tentang program adalah seperti berikut:


Tarikh: 8 Febuari 2009 / Ahad
Masa: 9.00 pg - 5.00 ptg
Tempat: Kulliyyah of Medcine (KOM) Level 5 - Lecture Room 1


Sila bawa:

1. Duit yuran tahunan
2. 'Homework' (yang diberi masa AGM)
3. CD yang dipinjamkan.
4. Pen dan kertas (bawa la lebih)
5. Air mineral (untuk minum sendiri - kalau rasa perlu)
6. Gambar berukuran pasport. (Sekeping sudah memadai)


Daripada: Pengarah Program 'Group Binding'


'DEBAT UNTUK SEMUA'




Friday, January 30, 2009

Panggilan Mesyuarat

Assalamualaikum wbt.

Kepada semua ahli majlis tertinggi, akan diadakan satu mesyuarat khas pada hari Isnin bersamaan 2 Febuari 2009.

Agenda mesyuarat:

1. Taaruf
2. Membincangkan tugas-tugas setiap jawatan.
3. Membincangkan agenda KDBM Kuantan

Selepas mesyuarat, akan diadakan sesi latihan bersama Ketua biro latihan.

Trismas. :)

Penulis: Mohd. Ramadan bin Ab.Hamid

Agenda Terkini

Assalamualaikum wbt

Kepada semua ahli kelab, ada sedikit pembetulan dalam agenda KDBM Kuantan.

1. Latihan akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis malam setiap minggu bertempat di cafe CF sister. Ahli kelab diminta untuk menyediakan satu fail khas untuk kelab debat (simpanan sendiri) bagi menyimpan segala data-data dan maklumat yang perlu.

2. Semua ahli kelab akan diberikan 'homework' untuk menganalisis topik-topik tertentu yang akan diberikan dari semasa ke semasa.

Thursday, January 29, 2009

Senarai aktiviti KDBM Kuantan 2008/2009

Assalamualaikum wbt.

Berikut adalah senarai aktiviti kelab yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.

Ahli Jawatankuasa KDBM Kuantan 2008/2009

Berikut adalah Ahli Jawatan Kuasa Kelab Debat Bahasa Melayu Kuantan, KDBM(K)bagi sesi 2008/2009.

Presiden: Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid

Timb. Presiden 1: Farhaneen Afzal bt Mazlan
Timb. Presiden 2: Mohamad Hafizi bin Abu Bakar

Setiausaha 1: Norjihada Izzah bt Ismail
Setiausaha 2: Siti Khadijah bt Mohd Murad

Bendahari 1: Ilya Natasya bt Hisham
Bendahari 2: Intan Nurul Dayana bt Alladad

Biro Latihan:
Siti Aimi Sarah bt Zainal Abidin (Ketua)
Mohd. Norziah bin Zainol (Penolong 1)
Siti Hajar bt Mohd (Penolong 2)

Biro Dokumentasi:
Nurul Shuhada bt Abdul Rahim (Ketua)
Siti Munirah bt Munabir (Penolong 1)
Rubiah bt Ismail (Penolong 2)

Biro Aktiviti:
Nurul Aini bt Yunus (Ketua)
Audi Amalina Sinaga bt Syahrul Malik (Penolong 1)
Said Imaddudeen b. Norhisham (Penolong 2)

Biro Studio:
Nurul Ashikin Shahnaz bt Hod (Ketua)
Normala bt Abdul Kahar (Penolong 1)
Rahayu bt Abd.Rahim (Penolong 2)

Semoga semua dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Penulis: Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden KDBM Kuantan.

Tuesday, January 27, 2009

Tinta bermula...


Assalamualaikum wbt

Tahniah kepada semua yang telah berjaya menjadi ahli Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) kampus Kuantan. Diharapkan kalian dapat memberikan sepenuh komitmen dalam merencanakan dan menjayakan segala aktiviti kelab pada sesi 2008/2009 ini.

Ruangan blog ini akan memuatkan segala informasi tentang aktiviti kelab yang akan dijalankan sepanjang tahun. Jadi, selalulah rajinkan diri kalian untuk menatap komputer dan melayari laman blog kelab debat ini.

Setakat ini sahaja untuk posting kali pertama ini. Wassalam

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Penulis: Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden KDBM Kuantan