Thursday, July 9, 2009

KDBM kembali BERSIDANG!

Assalamualaikum wbt.

Kepada SEMUA AHLI KDBM Kuantan, anda di kehendaki hadir ke persidangan KDBM Kuantan 2009 seperti di bawah:

Tarikh/Hari: 14 Julai 2009 / Selasa
Masa: 9.15 malam
Lokasi: Surau CF Brothers

*Kehadiran adalah WAJIB untuk SEMUA AHLI
*Sila bawa PEN dan KERTAS.

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Daripada:

Mohd.Ramadan b Ab.Hamid
Seorang Presiden. :)

Monday, July 6, 2009

An excellent words comes from brilliant people..

Assalamualaikum wbt

An excellent words comes from brilliant people..

First n foremost,terima kasih kpd presiden kdbm kuantan kerana telah membuat ulasan yg terperinci ttg pejalanan kelab debat kita.. sy sgt bertuah kerana mempunyai presiden yg sgt berkaliber dlm mengatur laluan hidup kdbm kuantan yg baru setaun jagung ini..

Ape yg sy inginkn adalah kerjasama secara keseluruhan dr adik2 kita dlm menaikkan martabat kdbm kuantan..YA, benar kita tidak setanding gombak, namun, jika usaha gigih begini diteruskan,jika ade kemahuan,jika debat itu dijadikan sebgai kekasih dan rakan, dan jika hati anda2 semua sgt mencintai ilmu pengetahuan,MAKA, tiada apa lg yg mampu mnjadi halangan!

Sy sgt2 berharap ikatan ahli2 kelab debat kita akn terus utuh dan kukuh,ibarat isi dgn kuku,bagai aur dgn tebing,juga bagai irama dan lagu,xmungkin dpt dipisahkan..kerana... untuk mncapai matlamat yg tinggi,ianya perlukn usahasama keras setiap individu dlm kelab debat.Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!!

Utk pengetahuan semua, nama uia dlm dunia debat kini smakin hr semakin luntur,lihat shaja pencapaian team di gombak dlm setiap match akhir2 ini,ianya agak mendukacitakn kita semua, biarpun dipisahkan sejauh ratusan kilometer,kendatipun begitu antara kuantan dan gombak tiada bezanya,dikala mereka menangis kerana meratapi kekalahan,kita juge turut terasa bahangnya,kerana UIAM adalah SATU! punyai misi dan visi yg SAMA!,mengharumkn nama uia di persada ipt d m'sia spt pernah trjadi suatu ketika dulu..Maka sedarlah wahai kalian semua..Ada tanggungjwab yg harus dilunaskan bersama...

Arakian, bangkitlah wahai adik2 ku,, kerna aku kini sudah tua,sudah tiba masanya mengundur diri dr dunia debat,sudah tiba masanya anda semua majukn diri sndri,usaha di ats kaki sndri,biar sukar utk dtempuhi,biar badai trpaksa diredahi,tp akhirnya takala kejayaan dinikmati,tak ada apa lg yg mampu membuatkn anda trsenyum sendiri..

Justeru, ape yg sy inginkn, ialah adik2 semua mampu brdiri sama tinggi dgn pndebat2 gombak!!Pastikan kemunculan adik2 akan mewarnai dunia debat UIAM. sy yakin anda semua mampu!!

Buka mata, celik minda! konklusinya, sy sayang anda semua!!!

Amanat dr saya,

Farhaneen Afzal Mazlan
Vice Presiden KDBM Kuantan 08/09

Perjalanan Bermula.. 2009

Assalamualaikum wbt.
Pertamanya, secara peribadi saya mengucapkan tahniah kepada semua pendebat UIAM Kuantan yang telah sedaya-upaya berdebat dalam pertandingan Debat PDSZA 2009. Kepada pasukan UIAM A, tahniah atas kejayaan anda yang telah mendapat naib johan dan pendebat-pendebat yang telah merangkul anugerah pendebat terbaik keseluruhan dan pada peringkat akhir. Kepada pasukan UIAM B, syabas kepada anda semua kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam debat walaupun di awal pusingan ada yang menangis, tetapi biarlah itu yang menjadikan kamu semua lebih maju dan matang dalam menerima setiap keputusan panel hakim walaupun kadang-kala ianya sukar untuk diterima. Hakikatnya, itulah lumrah pertandingan..

Kejayaan yang kita perolehi pada hari ini bukanlah sesuatu kejayaan yang mutlak. Sebaliknya, ia merupakan suatu usaha dan proses yang berterusan dan berpanjangan. Setiap pendebat perlu menanamkan usaha untuk mengekalkan kejayaan ataupun lebih berjaya dari apa yang kita kecapi. Janganlah sesekali berasa riak dengan kejayaan sekarang kerana perjalanan kita masih lagi jauh. Biarlah kejayaan hari ini menjadi galakan dan petunjuk serta galakan kepada pendebat-pendebat baru kelak. Ingatlah, bukan mudah untuk kita mengekalkan kejayaan tetapi tidak mustahil untuk kita semua terus berjaya. Apa yang penting ialah semangat dan usaha yang bersifat kolektif dan berterusan perlu ditanam dalam diri setiap pendebat.

Pada pendapat saya, seluruh IPTA Pantai Timur sudah mula nampak keupayaan pendebat UIAM Kuantan. Bukanlah tujuan saya untuk meninggi diri dengan kejayaan ini, sebaliknya adalah untuk kita semua sentiasa bermuhasabah dan berwaspada bahawa keperluan untuk kita menjaga persepsi masyarakat terutamanya IPT-IPT tempatan khususnya Pantai Timur terhadap reputasi Debat UIAM adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang sangat berat. Walaupun kelab debat Kuantan masih lagi baru, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh setanding pendebat UIAM Gombak. Saya yakin, sekiranya ada kemahuan, di situ ada jalan. Usahlah kita dibeza-bezakan berdasarkan tempat ataupun kemudahan kerana sebagai manusia, kita adalah sama. Setiap individu akan melalui proses yang sama.. meniarap, merangkak, berjalan, dan berlari...

Pada semester baru 2009, saya berharap semua ahli kelab debat dapat terus komited dengan aktiviti kelab. Banyak aktiviti yang telah kita rancang untuk anda semua.. Perlu diingat, dalam kerancakan kita beraktiviti, jangan sesekali dilupa matlamat dan tujuan kita. Niat asal kita perlulah diletak pada tempatnya. Cabaran semester depan sudah tentu bertambah besar. Janganlah hanyut dibuai arus keseronokan kerana saya khuatir.. apa yang dikejar tak akan dapat, apa yang dikendong akan keciciran.. Apabila nasi sudah menjadi bubur, akhirnya... segala usaha kita akan terkubur...

Wassalam..

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Dari meja,

Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden KDBM Kuantan
sesi 2008/2009

Friday, July 3, 2009

Tahniah pada pendebat PDSZA 2009

Assalamualaikum wbt

Sekalung tahniah kepada semua pendebat PDSZA 2009 yang telah berjaya menyertai pertandingan debat pantai timur tahun ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang telah membantu kelab sebelum, ketika dan selepas pertandingan ini diadakan.

P/s: Oleh kerana terdapat masalah teknikal - laptop rosak dan cable USB tak der, jadi gambar2 pertndingan akan di upload kemudian. Maaf yer.

Terima kasih

DEBAT UNTUK SEMUA

Dari meja:
Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden