Friday, November 5, 2010

Nafas Baru: Perlantikan Pimpinan KDBM Kuantan Bagi Sesi 2010/2011

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Selesai. Telah berlangsung dengan jayanya PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (AGM) kali ke-3 bertempat di RESOURCE CENTRE, KULLIYAH OF SCIENCE pada 28 OKTOBER 2010 yang menyaksikan perlantikan Ahli Jawatan Kuasa yang baru untuk KELAB DEBAT BAHASA MELAYU KUANTAN (KDBMK) bagi sesi 2010/2011, yang dengan ini secara rasminya menggalas dan menggantikan amanah dan tugasan pimpinan yang terdahulu.

Berikut adalah lembaga pimpinan kelab yang baru yang diumumkan pada hari kejadian;

Presiden: Mohd. Zamri bin Abdul Murad

Timb. Presiden 1: Muhd. Shahrain bin Shuhaimen

Timb. Presiden 2: Fauziah binti Romali

Mentor: Rahayu binti Abdul Rahim

Bendahari: Nurhazlin binti Abdul Rahman

Setiausaha: Siti Munawwarah binti Abdul Wahab

Ahli-ahli Jawatan Kuasa yang baru dipertanggungjawabkan untuk memandu arah haluan kelab ke satu destinasi yang lebih cemerlang.

Dalam majlis yang sama, Laporan Aktiviti Kelab dan Laporan Kewangan, berkenaan perihal segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010, dibentangkan di dalam dewan yang bersidang.

Majlis juga diwartakan bahawa beberapa ahli kelab yang akan meninggalkan kelab kerana telah mengakhiri semester terakhir mereka, justeru, menamatkan pengajian di UIAM.

1. Rafiqa binti Murdipi - Jurusan Computational and Theoretical Science (2007-2010)

2. Mohd. Ramadan bin Abdul Hamid - Jurusan Dietetics, Allied Health Science (2007-2010)

Semoga berjaya diucapkan buat mereka. Segala memori dan sumbangan mereka kepada kelab diingati dan dihargai bersama.

Dengan inspirasi dan amanat dari Penasihat Kelab, Cikgu Fuziah binti Rosman dan mantan Mentor, Mohd. Ramadan bin Abdul Hamid, ahli-ahli kelab diingatkan agar menanam minat dan rasa cinta akan kelab kerana ianya adalah langkah pertama bagi proses pembelajaran dan pemantapan diri, disamping disiplin dan komitmen yang jitu kepada kelab. Jadikan setiap peluang itu sebagai batu loncatan bagi usaha2 ke arah kecemerlangan, duniawi dan tidak kurangnya, ukhrawi.

Sekian, yang indah itu dikongsi bersama.

Muhammad Shahrain bin Shuhaimen

“DEBAT UNTUK SEMUA”

“DEBAT MEMARTABATKAN INTELEK”

4 comments:

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

Semoga berjaya adik2 semua... abg doakan yg terbaik utk kalian...

Kak Yatt said...

Salam Debat.....

Utk pengetahuan, nama sebenar kelab sepertimana yang didaftarkan ialah KELAB DEBAT & PIDATO BAHASA MELAYU UIAM KUANTAN....

Kak Yatt said...

Salam YDP....

Moh kita buat aktiviti next Sem.
Akak dah abih study...so boleh bagi komitmen (insyaAllah)....

>>> 2nd Advisor <<<

Mohd. Ramadan Bin Ab.Hamid said...

yeaahh... thanks kak yatt menyokong kami..

hurmm.. insyaallah, next year champ pdza..!

p/s: tetibe smgt terlebey sudah..