Thursday, February 24, 2011

Ke arah Kegemilangan PSZA 2011

Assalamualaikum wbt. Nota ini adalah beberapa cadangan saya untuk memperbaiki pencapaian KDBM Kuantan di PSZA 2011.


Untuk memastikan kecemerlangan individu dan kelab di PSZA 2011, saya mencadangkan Ahli Jawatankuasa KDBM Kuantan untuk mengambil beberapa langkah yang proaktif dan realistik berdasarkan objektif jangka masa pendek (dari Febuari - PSZA 2011) dan panjang.


OBJEKTIF JANGKA MASA PENDEK


Objektif 1: Mewujudkan suasana latihan yang 'friendly' atau mesra ahli dan efektif.


Kaedah/ Implementasi:


- Pelatih perlu memahami keadaan dan situasi setiap ahli kelab.


- Untuk ahli kelab yang baru, latihan lebih berfokus terhadap meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran asas pengucapan awam. Aktiviti-aktiviti latihan perlulah bersifat santai dan tidak memenatkan seperti memberi ucapan berdasarkan teks, atau menonton video-video pidato. (untuk minggu 1 hingga ke-2).


- Manakala, bagi ahli kelab lama/ senior, latihan yang berperingkat mungkin berkesan. Contohnya, peringkat 1 - kaedah mengembangkan kes dengan baik (fokus pada peringkat ini sehingga semua ahli faham dan boleh buat kes yang kemas). Kemudian barulah ke peringkat selanjutnya seperti - kaedah berdebat (Struktur debat).


Objektif 2: Menggalakkan pembudayaan ilmu dan fakta dalam kalangan ahli kelab.


Kaedah/ Implementasi:


- Sistem memberikan 'assignment' kepada semua ahli kelab yang dijalankan sebelum ini saya rasa belum lagi relevan untuk dipraktikan di Kuantan (berdasarkan laporan daripada ketua biro latihan). Maka, kaedah lain wajar difikirkan untuk mecapai objektif. Saya mencadangkan agar ahli majlis tertinggi DAN pendebat senior perlu bekerja lebih sedikit untuk sentiasa mengambil tahu isu-isu semasa. Contohnya, setiap sesi latihan, salah seorang AJK Kelab perlu membentangkan 1 isu semasa yang mutakhir kepada semua ahli kelab. Kaedah ini mungkin boleh menggalakan ahli-ahli baru untuk terus menghadiri latihan kelab.


- Saya ingin memberikan sedikit pujian kepada kelab kerana mewajibkan setiap ahli untuk menyediakan satu buku khas untuk latihan debat. Buku tersebut perlu digunakan oleh setiap ahli kelab.


OBJEKTIF JANGKA MASA PANJANG


Objektif 1: Menambahkan bilangan ahli dan penyertaan ahli dalam setiap aktiviti kelab dari semasa ke semasa.


Objektif 2: Mewujudkan kesedaran dan minat terhadap kepentingan penyertaan dalam setiap aktiviti kelab.


p/s: Ini adalah cadangan buat masa ini. Kalau ada yang lain, saya tambah lain kali ya.


Oleh: Mohd Ramadan Ab Hamid

0 comments: