Friday, November 5, 2010

Amanat Presiden KDBM Kampus Gombak, Izzat Jonid

Assalamualaikum wbt,

1. In my opinion, nak membudayakan debat ni adalah 1 agenda yg agak besar, even in Gombak sendiri pun aku tak rasa debat tu menjadi 1 budaya. Tapi nasihat aku adalah, jgn ambitious. Mula dari bawah and sikit2.

2. Untuk 'so-called' membudayakan debat, maybe korg boleh start dgn buat demo debat yg berkaitan dgn isu2 sains korg mcm euthanasia, biotech etc. And mintak kerjasama kulliyyah utk wajibkan budak2 pegi tgk by giving marks for CAM. Kalau AIKOL boleh buat, takkan korg tak boleh buat kan?

3. KDBM Kuantan perlu dimantapkan dulu, in terms of management and commitment of the members towards the debate itself because it is our core business.

4. Tanamkan rasa seronok dan minat. Macam mana nak tanamkan rasa seronok dan minat tu, bergantung kpd kreativiti. Family day or group binding antara salah 1 cara yg bagus. Tapi hang kena ready dgn org2 yg hanya akan muncul bila ada program2 yg seronok, mkn2 tapi bila sampai buat keje, kena training hilang.

5. Bg aku even though org tu administrator,since ni kelab debat, by hook or by crook dia kena tau debate. Even Kak Mun pun pernah masuk tournament pasal diorg kena aware and appreciate yg ni kelab debat dan bukan sebarang kelab.

6. Walau bagaimana pun, aku tak boleh menafikan yg peranan officer/ penasihat sgtlah penting. Mcm kitorg ada Kak Maz yg sgt committed so senang sikit keje pasal byk keje boleh berunding dgn dia.

7. Buat lah program tapi jemput org2 yg grand mcm Menteri/Timbalan Menteri ke. Korg boleh jemput Dato' Saifuddin, dia sgt suka program debat/pidato ni. Bila ada VIP yg grand mcm tu turun, barulah officer yg lain ni celik skit and boleh jer nak mintak Dato' Saifuddin sound skit officers kat Kuantan tu utk bg kerjasama utk korg buat program debat secara aktif.

8. Keintiman (antara ahli debat Kuantan dan Gombak)? Faktor jarak dan masa amat penting. Sebab tu bg aku ada 2 alternatives jer;
1. Korg buat prgram kat sana and kitorg ke sana
2. Kitorg buat prgram kat sini dan korg dtg beramai-ramai

9. Kesimpulannya: Hendak 1000 daya, mahu 1000 cara.

10. Itu shaja dr aku

Terima kasih,

Izzat Jones

Nafas Baru: Perlantikan Pimpinan KDBM Kuantan Bagi Sesi 2010/2011

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah. Selesai. Telah berlangsung dengan jayanya PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN (AGM) kali ke-3 bertempat di RESOURCE CENTRE, KULLIYAH OF SCIENCE pada 28 OKTOBER 2010 yang menyaksikan perlantikan Ahli Jawatan Kuasa yang baru untuk KELAB DEBAT BAHASA MELAYU KUANTAN (KDBMK) bagi sesi 2010/2011, yang dengan ini secara rasminya menggalas dan menggantikan amanah dan tugasan pimpinan yang terdahulu.

Berikut adalah lembaga pimpinan kelab yang baru yang diumumkan pada hari kejadian;

Presiden: Mohd. Zamri bin Abdul Murad

Timb. Presiden 1: Muhd. Shahrain bin Shuhaimen

Timb. Presiden 2: Fauziah binti Romali

Mentor: Rahayu binti Abdul Rahim

Bendahari: Nurhazlin binti Abdul Rahman

Setiausaha: Siti Munawwarah binti Abdul Wahab

Ahli-ahli Jawatan Kuasa yang baru dipertanggungjawabkan untuk memandu arah haluan kelab ke satu destinasi yang lebih cemerlang.

Dalam majlis yang sama, Laporan Aktiviti Kelab dan Laporan Kewangan, berkenaan perihal segala aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010, dibentangkan di dalam dewan yang bersidang.

Majlis juga diwartakan bahawa beberapa ahli kelab yang akan meninggalkan kelab kerana telah mengakhiri semester terakhir mereka, justeru, menamatkan pengajian di UIAM.

1. Rafiqa binti Murdipi - Jurusan Computational and Theoretical Science (2007-2010)

2. Mohd. Ramadan bin Abdul Hamid - Jurusan Dietetics, Allied Health Science (2007-2010)

Semoga berjaya diucapkan buat mereka. Segala memori dan sumbangan mereka kepada kelab diingati dan dihargai bersama.

Dengan inspirasi dan amanat dari Penasihat Kelab, Cikgu Fuziah binti Rosman dan mantan Mentor, Mohd. Ramadan bin Abdul Hamid, ahli-ahli kelab diingatkan agar menanam minat dan rasa cinta akan kelab kerana ianya adalah langkah pertama bagi proses pembelajaran dan pemantapan diri, disamping disiplin dan komitmen yang jitu kepada kelab. Jadikan setiap peluang itu sebagai batu loncatan bagi usaha2 ke arah kecemerlangan, duniawi dan tidak kurangnya, ukhrawi.

Sekian, yang indah itu dikongsi bersama.

Muhammad Shahrain bin Shuhaimen

“DEBAT UNTUK SEMUA”

“DEBAT MEMARTABATKAN INTELEK”

Friday, September 17, 2010

Selamat Hari Raya

Kepada semua pendebat-pendebat seluruh dunia, tidak kira di mana anda berada, kami Kelab Debat Bahasa Melayu kampus Kuantan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Sekiranya ada kelapangan, jemput datang ke UIA Kuantan..

Wednesday, July 14, 2010

Facebook group

Assalamualaikum..

Salam 1Malaysia buat semua warga pendebat UIA Kuantan..

Sila sertai facebook group Kelab Debat Bahasa Melayu Kuantan untuk perkembangan kelab dari semasa ke semasa.

Sekian,terima kasih.