Monday, July 6, 2009

Perjalanan Bermula.. 2009

Assalamualaikum wbt.
Pertamanya, secara peribadi saya mengucapkan tahniah kepada semua pendebat UIAM Kuantan yang telah sedaya-upaya berdebat dalam pertandingan Debat PDSZA 2009. Kepada pasukan UIAM A, tahniah atas kejayaan anda yang telah mendapat naib johan dan pendebat-pendebat yang telah merangkul anugerah pendebat terbaik keseluruhan dan pada peringkat akhir. Kepada pasukan UIAM B, syabas kepada anda semua kerana telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam debat walaupun di awal pusingan ada yang menangis, tetapi biarlah itu yang menjadikan kamu semua lebih maju dan matang dalam menerima setiap keputusan panel hakim walaupun kadang-kala ianya sukar untuk diterima. Hakikatnya, itulah lumrah pertandingan..

Kejayaan yang kita perolehi pada hari ini bukanlah sesuatu kejayaan yang mutlak. Sebaliknya, ia merupakan suatu usaha dan proses yang berterusan dan berpanjangan. Setiap pendebat perlu menanamkan usaha untuk mengekalkan kejayaan ataupun lebih berjaya dari apa yang kita kecapi. Janganlah sesekali berasa riak dengan kejayaan sekarang kerana perjalanan kita masih lagi jauh. Biarlah kejayaan hari ini menjadi galakan dan petunjuk serta galakan kepada pendebat-pendebat baru kelak. Ingatlah, bukan mudah untuk kita mengekalkan kejayaan tetapi tidak mustahil untuk kita semua terus berjaya. Apa yang penting ialah semangat dan usaha yang bersifat kolektif dan berterusan perlu ditanam dalam diri setiap pendebat.

Pada pendapat saya, seluruh IPTA Pantai Timur sudah mula nampak keupayaan pendebat UIAM Kuantan. Bukanlah tujuan saya untuk meninggi diri dengan kejayaan ini, sebaliknya adalah untuk kita semua sentiasa bermuhasabah dan berwaspada bahawa keperluan untuk kita menjaga persepsi masyarakat terutamanya IPT-IPT tempatan khususnya Pantai Timur terhadap reputasi Debat UIAM adalah satu tanggungjawab yang besar dan amanah yang sangat berat. Walaupun kelab debat Kuantan masih lagi baru, tetapi tidak bermakna kita tidak boleh setanding pendebat UIAM Gombak. Saya yakin, sekiranya ada kemahuan, di situ ada jalan. Usahlah kita dibeza-bezakan berdasarkan tempat ataupun kemudahan kerana sebagai manusia, kita adalah sama. Setiap individu akan melalui proses yang sama.. meniarap, merangkak, berjalan, dan berlari...

Pada semester baru 2009, saya berharap semua ahli kelab debat dapat terus komited dengan aktiviti kelab. Banyak aktiviti yang telah kita rancang untuk anda semua.. Perlu diingat, dalam kerancakan kita beraktiviti, jangan sesekali dilupa matlamat dan tujuan kita. Niat asal kita perlulah diletak pada tempatnya. Cabaran semester depan sudah tentu bertambah besar. Janganlah hanyut dibuai arus keseronokan kerana saya khuatir.. apa yang dikejar tak akan dapat, apa yang dikendong akan keciciran.. Apabila nasi sudah menjadi bubur, akhirnya... segala usaha kita akan terkubur...

Wassalam..

'DEBAT UNTUK SEMUA'

Dari meja,

Mohd.Ramadan bin Ab.Hamid
Presiden KDBM Kuantan
sesi 2008/2009

3 comments:

vice pres 1 said...

An excellent words comes from brilliant people..

first n foremost,terima kasih kpd presiden kdbm kuantan kerana telah membuat ulasan yg terperinci ttg pejalanan kelab debat kita.. sy sgt bertuah kerana mempunyai presiden yg sgt berkaliber dlm mengatur laluan hidup kdbm kuantan yg baru setaun jagung ini..

Ape yg sy inginkn adalah kerjasama secara keseluruhan dr adik2 kita dlm menaikkan martabat kdbm kuantan..YA, benar kita tidak setanding gombak, namun, jika usaha gigih begini diteruskan,jika ade kemahuan,jika debat itu dijadikan sebgai kekasih dan rakan, dan jika hati anda2 semua sgt mencintai ilmu pengetahuan,MAKA, tiada apa lg yg mampu mnjadi halangan!

Sy sgt2 berharap ikatan ahli2 kelab debat kita akn terus utuh dan kukuh,ibarat isi dgn kuku,bagai aur dgn tebing,juga bagai irama dan lagu,xmungkin dpt dipisahkan..kerana... untuk mncapai matlamat yg tinggi,ianya perlukn usahasama keras setiap individu dlm kelab debat.Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh!!

Utk pengetahuan semua, nama uia dlm dunia debat kini smakin hr semakin luntur,lihat shaja pencapaian team di gombak dlm setiap match akhir2 ini,ianya agak mendukacitakn kita semua, biarpun dipisahkan sejauh ratusan kilometer,kendatipun begitu antara kuantan dan gombak tiada bezanya,dikala mereka menangis kerana meratapi kekalahan,kita juge turut terasa bahangnya,kerana UIAM adalah SATU! punyai misi dan visi yg SAMA!,mengharumkn nama uia di persada ipt d m'sia spt pernah trjadi suatu ketika dulu..Maka sedarlah wahai kalian semua..Ada tanggungjwab yg harus dilunaskan bersama...

Arakian, bangkitlah wahai adik2 ku,, kerna aku kini sudah tua,sudah tiba masanya mengundur diri dr dunia debat,sudah tiba masanya anda semua majukn diri sndri,usaha di ats kaki sndri,biar sukar utk dtempuhi,biar badai trpaksa diredahi,tp akhirnya takala kejayaan dinikmati,tak ada apa lg yg mampu membuatkn anda trsenyum sendiri..

Justeru, ape yg sy inginkn, ialah adik2 semua mampu brdiri sama tinggi dgn pndebat2 gombak!!Pastikan kemunculan adik2 akan mewarnai dunia debat UIAM. sy yakin anda semua mampu!!

Buka mata, celik minda! konklusinya, sy sayang anda semua!!!

Amanat dr saya,
Farhaneen Afzal Mazlan
Vice Presiden KDBM Kuantan 08/09

Khadijah Mohammad Murad said...

Salam Semua...

Ucapan "TERIMA KASIH" secara peribadi saya tujukan khas buat:

1. Rakan2x baik saya semasa menjalani latihan debat di Gombak;
Niniey, Anys, Ziad, Suraya Emilia..
Mereka adalah tulang belakang saya ketika saya amat perlukan sokongan... Terima Kasih tak terhingga saya ucapkan kepada mereka...Mereka yang sentiasa berada disisi saya ketika saya berada dalam keadaan "stressure", (Stress+Pressure)....

Special thanx also buat Niniey yang always berada di samping saya ketika saya berada dalam arena perdebatan... Banyak sokongan comes from her... Setia mendengar segalanya dari saya..

Anys & Ziad yang sentiasa berkata kepada saya,"We are in 1 big family" when saya berat untuk meluahkan sesuatu masalah.

& lastly, to Suraya Emilia yang memberikan jalan terbaik kepada saya untuk menyelesaikan masalah...

Thanx Frenz.

2. To my seniors;
Kak Haneen & Abang Ramadan yang sentiasa sabar dengan karenah saya.. Sokongan & semangat yang diberikan oleh mereka saya pegang sehingga saya menjejakkan kaki ke pentas final...

Kak Haneen tak pernah kenal erti penat.. Walaupun baru sampai di UiTM Dungun, terus bawa saya ke pantai, bertanya tentang perdebatan & sebagainya...Kata2x beliau yang masih saya ingat, "Kita enjoy jer debat,k...". Sebelum mula perdebatan, beliau akan always berkata,"You Can do it, KD!"...

Abang Ramadan, yg mana saya tahu beliau agak risau dgn tajuk usul pada mulanya, Tak pernah beliau pamerkan kerisauan kerana beliau tahu akn menjejaskan emosi seluruh team lagi2x saya...Kata2x keramat,"Team kita boleh!"...

Maka, semangat saya datang daripada semangat mereka berdua..

Kak Aimi Sarah yang sentiasa ambil tahu perkembangan kami di Gombak & datang melawat kami untuk memberikan ilmu perdebatan kepada kami.. Thanx..

Kak Shuhada, yang saya rasakan sebagai 1 anugerah kepada saya yang mana sentiasa tenangkan saya apabila sampai 1 ketika saya rasakan seperti hendak menangis kerana tekanan yang saya hadapi untuk bentangkan hujah2x yang diberikan pada perlawanan akhir (final match) dgn usul Sis Pendidikan Negara Maju: Model Terbaik Untuk Malaysia.

3. Cikgu Fuziah Rosman yang juga saya rasakan sebagai sinaran cahaya baru buat diri saya yang sentiasa percayakan diri saya walaupun saya adalah perantis dalam Dunia Debat...

4. To my other frenz; Siti Nurrul Husna & Zahirrah yg banyak bagi support & also pertolongan yang tidak dapat saya balas...

5. To all KDBMK members yang memberi support & also doa yang sentiasa mereka kirimkan kepada kami.... Thanx to all of you...


KDBMK, Fighting!!!!!!


Regards;
Khadijah Mohammad Murad
Team UIAM(A), PDSZA 2009,
KDBMK.

Anonymous said...

lain kali sy akn menangis krn gmbira...(^-*)
thanxx to all of da seniors..
sygss sume...:)